Hai kawan-kawan selamat mengajar dengan menggunakan blog yg kami bina ini !!!
Nama Ahli Kumpulan :
Ahmad Muzznizal B. Abdul Halim PPG/20390/11
Noor Azriha Bt.Aziz PPG/20391/11
Haslina Bt Abdul Kadir PPG/20357/11
Latifah Bt Husain PPG/20358/11
Tema : Kenderaan
Subtema : Kenderaan Darat
Thursday, 15 December 2011
Wednesday, 14 December 2011
RPH STORYBOARD
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN KELAS)
Kelas : Pra Nur Bestari
Tarikh : 21 Oktober 2011
Masa : 9.00pagi – 9.30 pagi
Bilangan Murid : 25 orang
Modul : Asas
Tunjang Utama : Bahasa Malaysia
Tajuk/Tema : Kenderaan Darat
Standard Kandungan : (2.1.Berinteraksi dengan mesra.)
Standard Pembelajaran : (2.1.4.Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila).
Kesepaduan Tunjang : (BM3.5.1) Membatangkan (mengeja sambil membaca)
dua suku kata untuk menjadi perkataan.
(BM3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan (contoh: kereta)
(BM3.5.5) Membatangkan suku kata tertutup untuk menjadi perkataan (contoh: dan)
(BM 4.2.6) Menyalin perkataan dengan cara yang
betul.
(ST4.2.1) Membilang objek 1-10
(ST4.2.3) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor 1-10
(KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas memngikut
muzik.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid
dapat :
1) Menyatakan dan mengeja kenderaan darat dengan betul.
2) Membilang dan mengetahui bilangan kenderaan darat yang dipelajari.
3) Mengetahui tayar sesuatu kenderaan darat dengan betul.
4) Mennyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’ mengikut irama yang betul.
Pengertahuan sedia ada : Murid biasa melihat kenderaan- kenderaan darat di persekitaran mereka.
Kemahiran Berfikir (KBKK) : Membuat ramalan , menyenaraikan
Penerapan Nilai : Yakin , bersyukur, bekerjasama.
Bahan Bantu Mengajar : Perisian komputer-tema kenderaan darat, carta lagu,
Lembaran kerja, Kad perkataan bahan rekaan dan
bahan maujud.
Langkah/Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | Sumber/ Catatan |
Set Induksi (5 Minit) Aktiviti kelas | Jenis-jenis Kenderaan | -Guru memperkenalkan kepada murid-murid jenis-jenis kenderaan darat -Bersoaljawab dengan murid mengenai bunyi-bunyi kenderaan tersebut. | Carta kenderaan |
Langkah 1 (5 Minit) Story Board | Menunjukkan barang terbuang. | - Guru menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan model kereta. -1 kotak kecil dan 1 kotak besar. -kertas warna -tudung botol -lidi -pisau -gam -gunting -pen marker | Kesepaduan:, PFK BBM:model kenderaan |
Langkah 2 (15 Minit) Aktiviti Kelas | Membuat model dari bahan terbuang. | -Guru menunjukkan cara membuat model kenderaan dari bahan terbuang. | Kesepaduan: Awal Matematik KBKK: Mencantum. |
Penutup (5 Minit) | Nyanyian “Bapaku Pulang Dari Kota” | - Guru menyanyikan lagu “Bapaku Pulang” dengan iringan muzik sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran. | MI: Kecerdasan Pertuturan, Kecerdasan Interpersonal Kesepaduan: Kreativiti dan Estetika |
:
Lagu “BAPAKU PULANG DARI KOTA”
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
(ulang dua kali)
STORYBOARD 2
|
Roda di pasang pada badan kereta. |
Memasang roda kereta. |
|
Guru melakar cermin, pintu, lampu dan nombor pendaftaran kereta supaya model kereta lebih cantik. |
Melakar cermin, pintu, lampu dan nombpr pendaftaran. |
|
Guru menunjukkan model kereta yang telah siap. |
Model kereta yang telah siap. |
|
Guru menyanyikan lagu “Bapaku Pulang” dengan iringan muzik sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran. |
Nyanyian. |
Subscribe to:
Posts (Atom)